Alhamdullilah ,
aku masih boleh menulis untuk entri yang berikutnya ,
entri kali ini hanya untuk ibu yang aku sayang ,
yang benar-benar aku kasihi setulus hati aku .
*maaf ye , dalam hati ada taman , ayat memang persis bunga-bunga di taman.
Hampir semua laman sesawang yang aku terjah ,
semuanya mahu mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat insan yang bergelar ibu , mama , umi , mummy mereka yang tercinta ,
aku juga mahu melakukan perkara yang sama ,
Tetapi sama sekali tidak ada terselit perasaan jaki , faham-faham ?
Lihat ? simpang-simpangnya bila aku berbicara .
Tapi ,
bukan bermakna hari ini sahaja aku menghargai ibu aku ,
Setiap hari aku doakan kesihatan beliau , kesejahteraan beliau dunia akhirat ,
Moga Allah memperkenan doa hambaNya ini . ;'(
Kelak , aku juga mahu pewaris-pewarisku melakukan perkara yang sama . Aminn .
Kelak , aku juga mahu pewaris-pewarisku melakukan perkara yang sama . Aminn .
Ya , aku akui hubungan dengan ibu tidak serapat dengan ayah ,
Tapi , sejak aku mula berjauhan daripada keluarga ,
Ibulah tempat aku berkongsi gembira ,
Ibulah tempat aku mengadu ,
*walaupun kadang-kadang nasihat beliau kelihatan menjatuhkan , tetapi itu yang membuat anakmu ini bangkit semula , terima kasih ibu . ibu tahu yang terbaik untuk kakak .
Ibulah teman setia aku ,
Ibulah pendengar setia tangisanku ,
Ibulah pendorong semangat tatkala kejatuhan mula menghampiri aku ,
Ibulah segala-galanya ,
Pernah ada ketika itu ,
Bagaikan dihempap batu besar yang terlalu berat ,
Satu-persatu permasalahan dunia muncul ,
Dunia yang aku bina mula kacau ,
Aku tahu , aku perlukan ibu , penenang dikala gelisah ,
Ya , aku mengalirkan titisan-titisan jernih mendengar suaranya ,
Ibu , kakak tak mampu , kakak tak kuat nak hadapi semua ini . Tapi , ibu bagi kakak semangat , walaupun bukan dengan nasihat yang lembut ,
Sebab ibu tahu , itu cara yang terbaik untuk kakak bangkit semula ,
Ibu yang utama ,
sel-sel yang mengintepret data ,
Hanya ibu . :)
terlalu banyak pengorbanan ibu ,
terlalu banyak pengorbanan ibu ,
- Ibu sanggup menahan sakit belakang demi membawa aku selama 9 bulan sepuluh hari dalam kandungannya , tabahnya ibu
- Ibu terpaksa menahan sakit melahirkan aku pula , bukan secara normal tapi ibu dibedah pula , sakitnya hanya Allah yang tahu , ibu tak dapat duduk dengan selesa selepas melahirkan aku , nyilunya bekas bersalin hanya ibu yang rasai sehingga bertahun lamanya , sungguh hebat wanita yang bergelar ibu ini . :')
- Ibu yang menjaga dan merawat aku dari aku kecil sehingga kini , ibu yang uruskan makan kami sekeluarga ,
- Ibu pasti tahu setiap makanan dan minuman kegemaran aku , setiap masakan ibu kegemaran aku ,
- Ibu sentiasa ada di saat aku perlukan seorang teman , ibulah segala-galanya . Sahabat , teman , semuanya ibu .
- Besarnya pengorbanan ibu membantu ketua keluarga yang bergelar ayah . Ya , aku sayang kedua-duanya , mereka tiada pengganti , selama-lamanya .
- Ibu marah , tanda ibu sayang kita
Ibulah penawar suka duka , Ibulah yang terbaik , Ibulah yang utama , Ibulah RATU HATIKU .
SELAMAT HARI IBU , ^.^
PN MASLINA REJOH . :D
p/s : terlewat entri ini , aku sudah terbiasa duduk di US , makanya aku terlambat satu hari .
+_______+
4 comments:
sweet sekali.
anak yang baik ;')
p/s : how's ur result? :)
:)
tapi belum cukup baek la ayu .
hehe .
hehe . result ? alhamdullilah . :)
haruslah alhamdulillah, haha
congratz la weyh, haha
congratez ? teletubbies ! ak rindu kaw .
Post a Comment