Thursday, May 5, 2011

Bila jari mula membebel

Alhamdullilah , masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini ,
menghayati indahnya ciptaanNya ,
aku bersyukur di atas semua itu .

Tangan liat menekan papan kekunci ,
idea masih lagi malu-malu untuk menjelmakan diri ,
Fikiran masih lagi kusut memikirkan keputusan peperiksaan yang masih mahu main sembunyi-sembunyi ,
Lalu , jari segera memulakan bicara ,

Dah hampir lima hari laman sesawang ini menjadi kegemaran si comel ini ,
tapi dia masih diam seribu bahasa ,
Bila dimasuki , hati berdebar-debar ,
tapi column result yang bersih tanpa sebarang markah menghiasi ,
Acapkali hati terdetik , bila kalian mahu memunculkan diri ,
Penunjuk aras tidak hadir , lalu bagaimana hati mahu membuat keputusan ,
Akal usah ditanya , pasti jawapan yang hadir membawa kekeliruan ,
Ya , ak perlu tanya hati ,
Masa tidak mengizinkan , Ya Allah , berilah petunjuk kepada hambaMu ini .

Berbalik kepada laman sesawang ini ,
hampir seminggu aku tidak selera ,
hampir seminggu lena indahku terganggu ,
hampir seminggu juga aku tidak memikirkan apa-apa
*itu tipu semata . ^.^
Tapi yang PASTI , setiap hari kunjunganku ke laman sesawang ini tidak mengenal erti jemu ,
Walaupun tiada jawapan yang diberikan , aku masih berharap ada sinar untukku kelak ,


klik untuk imej yang lebih besar tanpa perlu memakai kanta pembesar . :)




igauan siang dan malam ku
lihat , hanya result sem 1 je ada ,
aku mahukan result sem 2 ,
:(

*maaf , result telah diblurkan atas sebab2 tertentu , ^.^

Aku hanya mampu menghitung hari untuk menjejakkan kaki ke kolej tercinta ,
lalu memulakan rutin harian yang biasa aku lakukan ,

Ya ! aku rindu semua itu ,
Tersedar lambat dari lena indah ,
Mengejar bas untuk ke food court dan kelas
*ehh , nampak aku suka makan . foodcourt hadir dulu sebelum kelas , ^.^
Berdiri dalam bas waktu pagi ,
Menjelmakan diri di hadapan cermin Normah waktu pagi , mengganggu ketenteraman atok dengan alarm ,
Ak rindu dikejutkan Aimi , mengganggu laluan Cheng ke partition dy ,
Menggeletek telinga Amal , jalan lambat-lambat untuk ke kelas , ^.^
Berebut bilik air no 4 , kenapa 4 ?
*itu memang bilik air fevret ak . ^.^

Sabar epi , minggu depan kau rasa la semua tu . cuba sabar !
Ye2 , aku tahu tapi . . . . tiada jaminan untuk itu ,
14 hb , tarikh yang bakal menentukan kami masih sebilik atau tidak ,
Cuma itu yang aku pinta , aku masih akan bersama kalian , masih ditempatkan sebilik , untuk satu semester sahaja lagi ,
sebelum masing-masing mengejar haluan sendiri . :')

Cukup setakat ini sahaja bebelan kali ini ,
sehingga ketemu lagi
^.^




p/s : semalam kau bercerita dengan aku , tergamam seketika kau sudi mengambil berat akan diri ini , terima kasih sahabat !







4 comments:

Anonymous said...

gempaknya result last semm! :D
btw, ada tag utk epi dekat belog ayuu. jemput join ;)

epi_ipin said...

edit yang tak menjadik . =.=
malunye sy .
thanx ayu ! ^.^

meema faatimahbag said...

nk komen gak, ish2 best la result awk, ngee~

epi_ipin said...

yela ma , ma menang . ^.^
see2 ! sy berjaye edit .