Sunday, May 15, 2011

kekeliruan berlumba-lumba

Alhamdullilah ,
masih diberi kesempatan untuk aku kembali berbicara , membebel di alam ini .
Lihat tajuk entri ,
Isinya pasti dapat diteka ,
Kekeliruan ? aku memang masih , tetap dan akan keliru sehingga aku pasti jalan yang dipilih .
Oh ya , sehingga kini aku masih belum memilih kos untuk ijazah aku ,

Epi , sedar cepat boleh ? Borang tu bukan untuk kau buat perkasam bawah bantal .
Aku masih mengharapkan ada petunjuk dariNya untuk aku membuat keputusan , yang bakal menentukan hidup aku akan datang ,
Jika aku masih diizikan untuk bernafas di muka bumi ini .
Terlalu banyak pilihan , tapi yang pasti masih belum mahu bertakhta di hati .
Terlalu buntu , runsing , keliru juga frasa-frasa yang berkaitan dengan kalian . :(
Sedaya upaya aku cuba menetapkan hati ,
Tapi , penetapan itu sesuatu yang memerlukan ketegasan ,
Aku masih samar-samar jalan yang harus aku pilih , sesiapa mahu membantu ?
Lihat buku pengajian prasiswazah .



Macam Yello Page bukan ? =.=
Buku kegemaran aku sejak dua menjak ,

Doktor Perubatan ?
Mampukah aku ? Berjayakan aku untuk menghadapi fobia darah ?
Mampukah aku melihat orang yang sedang kesakitan ?
Mampukah aku menguatkan mental dengan segala cabaran kelak ?
Mampukah aku bersaing dengan pelajar 4 rata sedangkan aku cuma di pinggiran mereka ?
Mampukah aku bertahan selama 5 tahun ?

Sains Bioteknologi ?
Mampukah aku dalam bidang yang membawa impression sedikit jatuh pada aku ?
Mikroskop ? Alat yang telah menyentap kegilaan aku dalam bidang biology .
Ya , aku kurang bermesra dengan apparatus ini , angin moody mula menjelmakan diri saat aku mula bermanja dengan mikroskop ,
Mulalah aku mencari mangsa-mangsa terutamanya jika eksperimen hari itu memerlukan diriku dan mikroskop .
Oh tidak , aku paling tidak suka itu . Itu dan Itu , tapi aku sukakan penyelidikan .
Liku-likunya minat aku .

Sains Pertanian ?
Ya , aku budak pertanian , aku bangga itu .
Walaupun baru mendapat gelaran budak pertanian sejak masuk sini ,
Ke ladang setiap petang Jumaat ,
Ke ladang jagung untuk merumput ,
Berlumba-lumba dengan masa untuk sampai ke ladang .
Aku rindu memori itu ,
Aku rindu semester 1 .

Teknologi Makanan ?
Masih dalam pertimbangan ,
Makanan ? Itu memang minat aku ,
Aku sukakan makanan ,
Makanan sukakan aku .
*Oh , itu merepek .

Tapi . . . .
Cuma satu , aku mahu pindah kolej ,
bukan sebab aku tak sayang ,
bukan sebab aku tak suka ,
bukan sebab aku tak cinta ,
Kolej ini untuk pelajar asasi ,
Andai 2 tahun akan datang kolej 13 dipenuhi semua pelajar asasi kesemuanya ,
lalu mana akak-akak , abang-abang senior adik-adik ini akan dicampak ?
Melihatkan akak dan abang senior yang tidak mendapat penempatan , kelak bagaimana nasib aku jika masih tinggal di kolej ini ?
Samakah seperti mereka ?
Tidak apa lah adik-adik , akak undur diri ya ?
*Baik tak akak senior adik-adik nie ? HAHA . Gelabah lebih .


Ehh , epi , kau jangan nak perasan sangat ?
Lihat-lihat , kos yang aku pilih semua yang takperlu pindah kolej melainkan Doktor Perubatan .
=.=
Buntunya aku , minat aku entah dimana , akal aku entah dimana , kemampuanku entah dimana .
"Ayah bangga anak ayah jadi doktor"
Terharu , ayah sudi menyokong segala keputusan .
Semuanya terletak pada diri sendiri ,
Susahnya berada dalam dilema .




6 comments:

Anonymous said...

insyaAllah, ada jalan utk epi ;)
jgn keliru. buat keputusan baik2 yepp.

epi_ipin said...

tq ayu . :')
mudah-mudahan .

nopapertowrite said...

oh yeah .? ho yeahh yeahh !! chaiyokk ! :D
_dari norma dan amal :)

epi_ipin said...

ohh yeahh ?
*sambil buat muke unta .
=.=

Anonymous said...

mana entry baru.
mahu mahu mahuuu :D

epi_ipin said...

hehe ,
after exam ye ? :)