Tuesday, December 24, 2013

Power of Smile

Ini cerita semalam. 
Jadi salah seorang yang handle untuk 25 orang bukan satu benda yang mudah rasanya.
Untung ada kakak kakak yang memahami. Hulur tangan sampan bot, boleh bernafas lagi rasanya.
Janji jam 9 tapi 9.30 masih bertapa dalam bilik lagi. Dapat call terus bersiap kelam kabut dengan orang depan nak turun meeting. Tengah jalan terjumpa dia. Kacak oi kacak. 
Epi behave epi. 

Dalam meeting gelabah semacam, semua benda tersalah cakap tersasul.
Segan sangat dah kenapa. *lempang diri sendiri*
Satu benda je aku nk tekankan semalam. THE POWER OF SMILE. 
Kemain tidur lena sepanjang malam. 


Intepretasikan gambar ini, kau jumpa permulaan punca KITA. 


p/s: Sampai sekarang tak henti senyum nak kena lempang?



Monday, December 23, 2013

Study Week

Selasa, 24 November 2013. Hari Kedua untuk studyweek tapi apa yang aku sentuh pun aku taktahu. 
Semua kesan berjimba dua hari permulaan study week. 

Sabtu, 21 Disember
Mulakan hari dengan melangkah ke Sepang keseorangan hasrat nak membaik pulih baby. Pulang sendiri ke kolej tengah hari, menyepikan diri di partition dan terlajak tidur sampai ke petang tanpa sentuh makanan sedikit pun. Petangnya ke bengkel untuk membaik pulih baby semula. Heret kakak abang untuk teman. 
Selesai untuk hari ini, lega baby kembali sihat seperti sedia kala.

Ahad, 22 Disember. 
Niat untuk mengemas nota tergendala saat teringat negeri di bawah bayu. Selesaikan tentatif perjalanan dekat sana, tengah hari ada yang mengajak keluar makan. Siap siap semua dan bila nak start kereta, mulalah buat perangai lagi. Manjanya tak bagi kita start dia. Terbiar je kita gerak naik yang lain. Makan makan makan dan makan. 
Balik makan jumpa le mantans dekat parking, terjerit jerit. Dalam hati, gila! Macam mana aku ada famili macam ni, happening gila semuanya mereka. :')
Makan lagi makan dan makan. Tapi cuma melihat dan aku rindu suasana ini. 



Dalam panjang aku bercerita, cuma satu yang ingin ditekankan. Ketidakstabilan emosi minggu ini puncanya apa. Penat mencari, penat jiwa berkecamuk, lelah mata menangis. Pernah rasa satu saat seperti kau kehilangan? Ini belum kehilangan nyata, jika realitinya terjadi, apa responnya? Sebabnya aku masih belum kuat untuk menerima satu kehilangan lagi. Human fear changes, same goes to me.

p/s: Cukup merapu, mohon buka buku segera.


Saturday, December 14, 2013

Them . :)

Asalamualaikum selamat malam.
Entri kali ini nak membebel berceloteh tentang kesayangan yang pertama selepas menjejakkan kaki di yupiem. Sedar tak sedar dah memperosokkan diri selama empat tahun di sini. Empat tahun bukan masa yang sekejap. Setahun di asasi, tiga semester masa yang singkat mencipta macam macam memori kan. 

3 Julai 2010. Pertama kali jumpa geng sebatch asasi. Tak kenal langsung kecuali amal yang memang dah melekat dari darjah 1. Diulang ye darjah 1, 7 tahun. Orentasi kolej seminggu. Waktu dalam orentasi tu jangan cakap macam macam dah rasa, kaki melecet, tak cukup tidur, berdiri dalam bas ulang alik ke dewan besar, cheers sampai tercabut anak tekak. 

Dan tak ingat bila tarikhnya, kali pertama dikumpulkan mengikut kuliah dan baru kenal mereka sikit sikit. Bermula dengan muhammad, jejeh, laisha, adda dan miera. Ini je yang aku ingat. Memori cepat hilang. Ekekeke. Tiga sem berkongsi macam macam. Bergaduh, bermain bermanja semua mereka. 
== matjejehamalmeemalaisha ==


Sg Congkak, 2011, Semester 2 Asasi 

Dalam masa tempoh tiga tahun ni jugak masing masing bawak haluan sendiri. Sampai satu hari terbaca post di Rock n Roll dan membawa khabar gembira bahawa reunion akan diadakan. 
First! Tak percaya, was was pun ada. Iyalah tetiba post ada reunion, bla bla bla bla. Aku ambik masa yang lama untuk percaya okay. Siap tanya macam macam siapa yang handle itu siapa yang handle ini. Bukan tak percaya tapi rasa nak membantu tu membuak buak. *melampau* :O

Sehari sebelum reunion, aku tanya jud meol macam macam dan secara tidak langsung mengofferkan diri untuk ikut beli barang. Dan secara rasminya aku dibuli cukup cukup malam untuk ke pasar. Dan oh ye lupa sebenarnya malam tu ada kelas ganti, boleh terlupa pulak. -________- Kelas ganti prinsip pengurusan. Siap siap semua beli barang balik kolej jam 10.30. Panggil ramai ramai turun basuh ayam dan hakikatnya cuma laisha dengan shima sajo yang basuh ayam. Yang lain duduk tepi lagak mando aja gayanya. Untung ada hakim yang boleh diharap. :D Perap segala bagai, ikut perasa sesedap hati dimulakan dengan bismillah dan diakhiri dengan alhamdulilah beserta kasih sayang inshaAllah sedap semuanya. :)

Balik bilik, siapkan apa apa yang patut. Masak agar agar untuk fruit dessert esoknya. Tapinya laisha sorang aja yang buat. Aku dengan kelam kabutnya menyiapkan diri untuk keluar. Siap semua kemas kemas sebab esok kena keluar awal. Ada Planet Gathering katanya. Hewhewhew. Tapi reunion ni dah dibincangkan lama, makanya kami mengambil tindakan untuk memilih reunion. 

Oh, lupa nak selitkan, hari yang sama group biotech ke Sg Sendat dan kuliah 1 ke Bukit Ekspo. Makanya, aku harus memilih salah satu antara mereka. Dan, terang tang tang aku pilih yang mana. Bukan apa, susah nak cari masa dah nak kumpul macam ni.
Gerak ke Bukit Ekspo jam 7.30 memang tak menarik bila seharian tak tidur malam. Gigihkan kaki, kuatkan badan. I want to meet them! 

Gambar gambar tidak dapat diambil disebabkan kesibukan melantak ayam bbq dan makanan yang disediakan dan akhirnya gambar ini sahaja yang dapat dipamerkan untuk tatapan semua.


Bukit Ekspo, 11 Disember 2013 Semester 5 Degree


 p/s: I'm already forget everything about you, but why you keep on calling my soul my name?


Thursday, November 7, 2013

Holiday Motivation!

Puas meniup habuk habuk bersarang dekat blog. 
Dah lama sangat rasanya biarkan terumbang-ambing.
Dah banyak kisah yang berlaku dibiarkan tanpa coretan.
Tapi yang ini biar ia tercatat di sini. 

Pertama.


Dia,

Bila patah semangat, dia datang hulur kata
Bila kemalasan melanda, dia datang bagi penguat
Bila mengeluh, dia hulur pemanis senyuman
Bila malu ke belakang, dia pimpin bawa ke depan.

Kedua.


Aku bangkit untuk semester ini.

Nampak perubahan walaupun sedikit.
Aku tetap akan bangkit walaupun payah.
Sebab mereka. Kedua pelindung kecil yang dipinjamkan sementara.
Terlalu sayang mereka. 

Ketiga.


Selalu saja berbalah dengan dia.

Penyebabnya kadang-kadang tak masuk akal
Kadang bergelak tawa kadang tak bertegur sapa.
Dan kali ini, lihat sampai mana kita boleh pergi.

Keempat.


Cuti bakal berakhir.

Bakal meninggalkan rumah
Bakal meninggalkan katil empuk
Dan selamat berjuang sehingga penghujung semester. 





p/s: Ini tempat harapan dan cita-cita. :')

Tuesday, May 21, 2013

Awan itu memanggil!

Counting for the days! :)

Selasa, Rabu dan Khamis. 
Persiapan satu pun tak buat lagi. Pack baju, kemas apa apa yang patut semua pun belum.
Hati berbelah bahagi.
Gembira TETAPI Risau.
Cukup dengan pengabaian semester 3.
Tapi kali ini aku bertanya sendiri apa masih sempat perbaiki semua?
Tinggal berapa hari yang padat dengan segala assignment.
Tinggal berapa hari bakal tinggalkan bumi Serdang untuk dua minggu.
Tinggal berapa hari bersua dengan mereka.

Selak selak balik entri lepas lepas
Terlihat gambar ini.

Tersenyum sendiri melihat impian dan angan-angan bakal dicapai.
Mungkin bukan untuk selamanya, tapi cukup menjadi sebahagian jalan hidup.
Kemanisan dan kepahitan hidup sepanjang dua semester ini
Cukup dan terlalu banyak untuk aku. 



p/s:  Semoga dipermudahkan segalanya. 

Thursday, March 21, 2013

Empat Tahun

Asalamualaikum dan selamat petang kepada hari yang sangat serabut!

Tadi baru saja bioprocess engineering pergi dengan sedikit kekecewaan,
Terlalu banyak formula sehingga lupa mana satu
Atau itu cuma alasan,
Ya, alasan study last minute. -_______-

Malam nanti harus berjuang untuk kali kedua sepanjang berada di UPM mengambil subjek yang sama
SSK1000 dan SSK3000.
Lihat perbezaan pada angka depan?
Isinya, buahnya semua sama. Cuma lebih mendalam.
Tapi yang pasti assignment nya kekal, tetap sama.
Bersyukur kepada yang masih menyimpannya.

Hari ini adik adik SPM mengambil keputusan
Dan aku berteleku bersama nota bioprocess semalam
Seakan seakan terkenang semua memori yang masih ada,

Empat tahun lepas,
Tiada keserabutan masalah dunia,
Tiada keserabutan hubungan sesama manusia.
Tiada istilah kesibukan sepanjang masa
Yang aku tahu saat itu saat paling indah
Saat serasa masih perlu dibimbing dan tidak perlu membimbing diri sendiri seperti sekarang

Aku murah dengan air mata bila melihat gambar ini,
Di saat keserabutan menyelesaikan equation equation yang terlalu banyaknya,
Aku jadi serapuh-rapuhnya
Bila rutin ke kantin awal untuk bertugas,
Bila rutin makan di dalam kelas waktu add math
Bila rutin kelas fizik yang sangat menyeronokkan
Bila rutin bergelak tawa tak ingat dunia perlu dijalani sendirian

Dan empat tahun lepas, aku menangis bila melihat Fizik dan Biologi tertukar gred.
Sangkaan aku salah, nyata sekali.
Tapi itu petunjuk untuk aku berdiri sekarang


p/s : Kerinduan geng pembesar datang bila melihat adik adik mengambil keputusan SPM. :'(


Thursday, January 10, 2013

Untuk Kalian

Asalamualaikum. 
Hari ini sengaja membuka laptop membuang masa.
Mungkin rindu yang membawa aku ke sini.

Kali ini tiada sambutan di kala final exam yang datang menjengah.
Tapi aku turut menumpang mereka yang menjemput.
Terima kasih meraikan dia.
Kami? Entah bila dapat meraikan dia.

Untuk yang jauh di Bogor sana,
Maaf hanya ucapan yang dapat aku berikan.
Ucapan yang sangat ringkas aku rasa.

Cuma yang aku mahu katakan pada semua.
Aku sayang mereka. Sangat sayang.
Jangan pernah ambil mereka walau sekejap.

Tapi masa, keadaan semakin menjarakkan kita.
Cepat pulangnya ke Malaysia.
Doa itu sentiasa ada untuk mereka berlima.
:')