Selasa, 24 November 2013. Hari Kedua untuk studyweek tapi apa yang aku sentuh pun aku taktahu.
Semua kesan berjimba dua hari permulaan study week.
Sabtu, 21 Disember
Mulakan hari dengan melangkah ke Sepang keseorangan hasrat nak membaik pulih baby. Pulang sendiri ke kolej tengah hari, menyepikan diri di partition dan terlajak tidur sampai ke petang tanpa sentuh makanan sedikit pun. Petangnya ke bengkel untuk membaik pulih baby semula. Heret kakak abang untuk teman.
Selesai untuk hari ini, lega baby kembali sihat seperti sedia kala.
Ahad, 22 Disember.
Niat untuk mengemas nota tergendala saat teringat negeri di bawah bayu. Selesaikan tentatif perjalanan dekat sana, tengah hari ada yang mengajak keluar makan. Siap siap semua dan bila nak start kereta, mulalah buat perangai lagi. Manjanya tak bagi kita start dia. Terbiar je kita gerak naik yang lain. Makan makan makan dan makan.
Balik makan jumpa le mantans dekat parking, terjerit jerit. Dalam hati, gila! Macam mana aku ada famili macam ni, happening gila semuanya mereka. :')
Makan lagi makan dan makan. Tapi cuma melihat dan aku rindu suasana ini.
Dalam panjang aku bercerita, cuma satu yang ingin ditekankan. Ketidakstabilan emosi minggu ini puncanya apa. Penat mencari, penat jiwa berkecamuk, lelah mata menangis. Pernah rasa satu saat seperti kau kehilangan? Ini belum kehilangan nyata, jika realitinya terjadi, apa responnya? Sebabnya aku masih belum kuat untuk menerima satu kehilangan lagi. Human fear changes, same goes to me.
p/s: Cukup merapu, mohon buka buku segera.
No comments:
Post a Comment