Saturday, December 14, 2013

Them . :)

Asalamualaikum selamat malam.
Entri kali ini nak membebel berceloteh tentang kesayangan yang pertama selepas menjejakkan kaki di yupiem. Sedar tak sedar dah memperosokkan diri selama empat tahun di sini. Empat tahun bukan masa yang sekejap. Setahun di asasi, tiga semester masa yang singkat mencipta macam macam memori kan. 

3 Julai 2010. Pertama kali jumpa geng sebatch asasi. Tak kenal langsung kecuali amal yang memang dah melekat dari darjah 1. Diulang ye darjah 1, 7 tahun. Orentasi kolej seminggu. Waktu dalam orentasi tu jangan cakap macam macam dah rasa, kaki melecet, tak cukup tidur, berdiri dalam bas ulang alik ke dewan besar, cheers sampai tercabut anak tekak. 

Dan tak ingat bila tarikhnya, kali pertama dikumpulkan mengikut kuliah dan baru kenal mereka sikit sikit. Bermula dengan muhammad, jejeh, laisha, adda dan miera. Ini je yang aku ingat. Memori cepat hilang. Ekekeke. Tiga sem berkongsi macam macam. Bergaduh, bermain bermanja semua mereka. 
== matjejehamalmeemalaisha ==


Sg Congkak, 2011, Semester 2 Asasi 

Dalam masa tempoh tiga tahun ni jugak masing masing bawak haluan sendiri. Sampai satu hari terbaca post di Rock n Roll dan membawa khabar gembira bahawa reunion akan diadakan. 
First! Tak percaya, was was pun ada. Iyalah tetiba post ada reunion, bla bla bla bla. Aku ambik masa yang lama untuk percaya okay. Siap tanya macam macam siapa yang handle itu siapa yang handle ini. Bukan tak percaya tapi rasa nak membantu tu membuak buak. *melampau* :O

Sehari sebelum reunion, aku tanya jud meol macam macam dan secara tidak langsung mengofferkan diri untuk ikut beli barang. Dan secara rasminya aku dibuli cukup cukup malam untuk ke pasar. Dan oh ye lupa sebenarnya malam tu ada kelas ganti, boleh terlupa pulak. -________- Kelas ganti prinsip pengurusan. Siap siap semua beli barang balik kolej jam 10.30. Panggil ramai ramai turun basuh ayam dan hakikatnya cuma laisha dengan shima sajo yang basuh ayam. Yang lain duduk tepi lagak mando aja gayanya. Untung ada hakim yang boleh diharap. :D Perap segala bagai, ikut perasa sesedap hati dimulakan dengan bismillah dan diakhiri dengan alhamdulilah beserta kasih sayang inshaAllah sedap semuanya. :)

Balik bilik, siapkan apa apa yang patut. Masak agar agar untuk fruit dessert esoknya. Tapinya laisha sorang aja yang buat. Aku dengan kelam kabutnya menyiapkan diri untuk keluar. Siap semua kemas kemas sebab esok kena keluar awal. Ada Planet Gathering katanya. Hewhewhew. Tapi reunion ni dah dibincangkan lama, makanya kami mengambil tindakan untuk memilih reunion. 

Oh, lupa nak selitkan, hari yang sama group biotech ke Sg Sendat dan kuliah 1 ke Bukit Ekspo. Makanya, aku harus memilih salah satu antara mereka. Dan, terang tang tang aku pilih yang mana. Bukan apa, susah nak cari masa dah nak kumpul macam ni.
Gerak ke Bukit Ekspo jam 7.30 memang tak menarik bila seharian tak tidur malam. Gigihkan kaki, kuatkan badan. I want to meet them! 

Gambar gambar tidak dapat diambil disebabkan kesibukan melantak ayam bbq dan makanan yang disediakan dan akhirnya gambar ini sahaja yang dapat dipamerkan untuk tatapan semua.


Bukit Ekspo, 11 Disember 2013 Semester 5 Degree


 p/s: I'm already forget everything about you, but why you keep on calling my soul my name?


1 comment:

Seri Ayu said...

3 tahun dah. Dan hampir 3 tahun tu juga kita saling kenal :')