Asalamualaikum dan selamat pagi aku kira.
Bila tangan mula menaip dan membiarkan mulut sepi seketika
Itu beerti aku tak mampu meluahkan sama sekali.
Berhadapan dengan kau sama sekali tidak.
Itu apa yang aku rasa untuk kesekian kalinya lagi.
Lagi lagi dan lagi
Aku penat untuk merasa kehilangan itu buat sekali lagi
Tapi itu takdir yang harus aku terima.
Cukup terasa. Itu yang aku boleh perkatakan
Cukup terasa dengan kau buat masa ini.
Aku takut hubungan yang kau bina menjarakkan kita
Tapi aku tak perlu takut lagi
Kerana apa?
Itu sudah pun berlaku
Dan semua terlihat dengan nyata bila,
Kenapa dia yang kau tanyakan.
Padahal kami menceritakan perihal yang sama.
Terasa dengan perbuatan aku?
Silakan, memang aku mohon kau terasa.
Aku terasa dengan kau,
Ya, kau yang aku panggil abang
Yang aku sayang sama seperti keluarga aku
Yang aku takut untuk hilang lagi.
Tapi, kenyataan tidak menidakkan sangkaan aku.
Pergilah hati kau ke sana.
Aku doakan kebahagiaan kau dari jauh.
Wednesday, December 26, 2012
Thursday, November 8, 2012
Ego
Asalamualaikum, selamat pagi, selamat sejahtera
Itu hanya kemampuan aku untuk membiarkan tangan menari di atas papan kekunci sebagai madah permulaan selepas aku cuba mendiamkan diri untuk masa yang lama.
Tapi sekarang aku tidak mampu lagi mahu berdiam diri dan melihat titik hitam itu makin bertambah.
Yang lepas, tingginya amarah hanya kerana kau rasa terabai.
Aku juga pernah rasa begitu, aku tidak rela akan rasa hati.
Hati aku jadi rapuh, rapuh serapuhnya.
Tahu mengapa?
Biarlah aku diam seribu bahasa sekalipun.
Aku mahu kau tahu, hati aku menangis saat aku merasakan aku bukan lagi kesayangan kau.
Aku mahu kau tahu, tempat kau masih tiada penggantinya.
Aku mahu kau tahu, aku mengharapkan kau masih yang sama seperti dulu
Aku mahu kau tahu, aku rindukan senyuman ikhlas saat aku melewati kau.
Aku mahu kau tahu, benar hati aku sangat sangat terasa perlakuan kau kelmarin.
Aku mahu kau tahu, biarpun apa yang terjadi aku masih di sini mempertahankan persahabatan ini.
AKU CUMA EGO DI HADAPAN KAU.
p/s : Sampai bila kita begini?
Aku menanti 29 Januari, welcome back!
Sunday, September 9, 2012
Indonesia
Asalamualaikum, Selamat pagi semua !
:)
fuuhh fuhhh tiup habuk yang menebal ini.
Saya rindukan orang yang sedang berjuang di Bogor
T_T
okai bai.
Doa saya moga dipermudahkan segala urusan, saya tetap sayang awak selamanya.
Tiada lagi tempat saya mencurahkan masalah dunia, masalah hati.
Tiada lagi tempat saya bermanja
Tiada lagi teman untuk dipeluk.
Tapi Allah Maha Adil, Dia tetapkan saya bersama yang seorang lagi.
Walaupun yang itu di Bogor, masih ada si kilat yang menemani saya di sini kerana si tiada kertas semakin jauh.
Maaf, hari ini hati saya cukup rapuh untuk berbicara soal sayang dan rindu.
Dan saya sayangkan yang jauh, yang dekat, semuanya infinity. :')
ohh ya, hari pertama kuliah pada sem ini sangat menyeronokkan.
Terima kasih Dr Baity. :D

p/s : Sombong ye awak nih, mentang mentang dah lain kolej. Okay Bai
Wednesday, June 20, 2012
Rindu itu
Hati yang tidak tenang membiarkan mata turut memain peranan,
Aku sudah mula merindukan mereka, satu persatu pergi meninggalkan bumi Serdang.
Dan aku masih di sini, mengharap mereka untuk ada.
Tidak semua yang kita suka terbaik untuk kita.
Dan sungguh, aku rindukan mereka.
Tiga bulan yang mendatang sudah mengundang rindu
Tasik Idaman jadi pertemuan terakhir untuk sem ini.
Berharap aku masih punya peluang itu untuk enam sem yang akan datang.
Berharap ikatan dan ukhuwah yang terjalin ini diredhai-Nya
Kerna sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui segalanya.

#atirakhai yang dicintai disayangi tiada dalam gambar. :(
p/s : Sungguh aku mengerti kasih sayang seorang sahabat
Finally
Petang ini bukan kebiasaan yang selalu kesibukan dengan buku buat aku kadang kala lupa dunia luar, itu yang aku mahukan. Memang itu yang kau catit, memang itu yang kau lihat, memang itu yang kau rasa. Pernah sekali kau untuk berada di tempat aku, melihat apa yang aku lihat? Mendengar apa yang aku dengar?
Kau bicara aku cakap sesedap rasa, kau pernah fikir aku punya hati sesedap rasa yang bisa terima apa jua perbuatan? Kau sahabat, dia juga sahabat, Tapi sahabat bukan untuk dunia sahaja wahai yang di sana, Kau bicara soal itu, kau bicara soal ini. Pernah kau alami perasaan ini sebelum kau menjadi sebahagian dari kami? Aku bukan sebahagian dia lagi. Aku tidak memutuskan, hanya menjauhkan. Pernah kau menjadi telinga yang diasak?
Aku bukan yang terbaik untuk kau, kerna setiap kali itu terjadi, aku bukan seorang yang penyabar.
Kerna, sesungguhnya Dia yang memahami segala. Aku masih punya rasa syukur untuk kurniaan itu tapi mensyukuri kurniaan kedua pelindung kecil mampu membuat aku terus bertahan dan berdiri melalui jalan itu.

p/s : Berdoa agar hari esok tiada dalam catatan
Wednesday, June 6, 2012
Hide it please
Senja study week mula memunculkan diri, masih ada nota yang berbaki.
Jangankan khatam, masih ada yang belum bersentuh.
Gigihnya menaip tatkala semua dibuai mimpi indah.
Sahabat yang ini berperang dengan minat dan masa,
Dunia itu dunia ciptaan dia. Bahagia yang tercipta, itu impian dia.
Takkan diuji kalau kita tak mampu hadapinya bukan?
Meniti baris ayat yang dipertutur bagai jawapan tiada soalan.
InsyaAllah kejayaan mengiringi kepulangan awak nanti.
Sahabat yang itu berperang dengan perasaan sendiri.
Kalau sayang bertahun siapa yang mudah lupa,
Cukup dengan madah senyuman itu,
Buat aku masih faham isi yang tersirat itu
Bukan dipinta ceritanya begitu bukan,
Ikhlaskan hati lapangkan dada minta pada Dia,
Mudah-mudahan yang terbaik itu masih ada.
Awak yang dekat situ,
Ye, awak yang dekat situ.
Senyum, jadi sesegan sendiri.
Tak mengapalah . *sambil geleng kepala.
#eh ?
p/s : Bukan taknak layan tadi tapi kan awak dah ada sahabat baru,
bukan cemburu cuma sedikit terasa saja.
Tuesday, May 1, 2012
I called it awesome !
Bicara ini penuh duka .
Bukan cemburu atau iri hati , ini hakikat hidup.
Aku penat, aku malas !
Itu yang mendorong dia untuk kuat keseorangan, rasa lelah setiap langkah . Tanggungjawab memimpin yang kau galas, terima seadanya. Memang sedikit terkesan dengan ayat itu, melewati setiap pandangan manusia yang berbeza tafsirannya buat dia merindui pandangan redup malaikatnya. Pandangan yang menguatkan seluruh jiwa yang hampir runtuh dihempap masalah dunia. Kata-kata yang meyakinkan dia tidak keseorangan melalui jalan yang berliku. Menghitung mencatat mengira, cukup lama untuk menghabiskan perjuangan untuk kali ini. Kesibukan menyiapkan tugasan dunia, buat dia lupa mereka yang ada di sekeliling.
Pesan sahabat, jaga diri, jangan keluar malam, bahaya dan yang paling penting , I miss you, saya sayang awak . Yes, I do love you too . yet, still my best friends ever.
Tak cukup dengan itu, datang lagi yang lain bawa perkhabaran yang comel di malam hari . Thank you. Itu dah cukup buat aku mengerti kau masih punya masa untuk mengingati kami, entah bila lagi kita dapat intai all those time kan.

Makin hari makin kuat dugaan, sudi kiranya kalian berjalan bersama aku ?
p/s : Permulaan esok tiada kepastian . :(
Sunday, April 15, 2012
Realiti
As-Salam
Esok permulaan yang baru , tapi belum cukup menjanjikan yang terbaik .
Kenangan semalam masih menari dengan girangnya .
Bukan aku menolak , tapi mengenang itu pahit , pedih rasanya .
Cukup tempoh itu , lepaskan aku sebebasnya .
Biarkan ruang itu tertutup untuk selamanya
Cukup dengan soalan itu , belum kukuh lagi benteng gamaknya .
There will come a day when I won't think , miss or wonder about you
anymore but I guess today won't be it .
Let be this day will never be happen again.
p/s Duhai hati , mengapakah ? :/
Sunday, April 1, 2012
You !
Minggu ini penuh kesukaan , penuh kedukaan .
Hargai kesihatan sementara belum ditarik , Hargai masa yang ada , Itu yang aku belajar ,
Hargai mereka yang sayangi kita . Terima kasih buat dia yang sudi menemani malam ,
Terima kasih buat dia yang merawat sehingga sembuh ,
Terima kasih buat yang bertanya ,
Terima kasih untuk semuanya .
Belajar untuk menerima , belajar untuk memaafkan .
Masih ada yang sudi menyedarkan ,
Syukur masih ada mereka . :')
Jangan ditanya kasih seluas mana , jangan ditanya sayang setinggi mana .
Kalian anugerah terindah dalam hidup ini .
p/s : Terima kasih untuk petang dan malam tadi .
Mampu mengukir senyuman semanis marshmallow .
Thursday, March 29, 2012
Takdir
Minggu ini semakin dekat ,
terima kasih MGP , terima kasih Burger , terima kasih ice blended . :)
Bila yang terdekat jadi yang tersayang
Takdir bukan ? siapa yang tahu apa yang tertulis di atas sana .
p/s : Yang jauh sila cepat siapkan assignment, domino's sudah menanti kita . :)
Friday, March 23, 2012
Healing process
Menulis bila sedang bersedih . Itu kata Meema .
Aku bukan penulis yang tegar sayang . Menaip bila masa idea mencurah , Menyepi saat hati kosong. Itu aku . Biochemistry II , saat kau hadir , saat itu juga aku diuji . Aku redha . Pasrah . Berharap masih ada pelangi untuk kehidupan kita sepanjang sem ni . :)
Kau bukan lagi yang aku kenal dulu .
Baru balik PKU, ambil happy pills . Dr bagi banyak sangat ubat sampai gembira tak terkata . -.-
p/s : Jangan abaikan yang lain .Aku biarkan kau dengan dunia kau sendiri .
Tuesday, March 20, 2012
Siapa
Friday, March 9, 2012
Bangkit
AsSalam ,
Kala ini , merekalah penawar ,
Pengubat hati yang masih sedikit memberontak
Ketenangan ini biar sedikit ,
Cukup untuk rawat yang terluka
Warnakan semula hari kelam tanpa cahaya,
Kadangkala pengakhiran itu adalah permulaan .
Mulakan semula . :)
I'm not for you . :)
Tamatkan kisah khayalan ini , aku masih berusaha .
Terima kasih menjadi hentian hati , bukan dia yang tertulis di atas sana .
p/s : Lately ni hanya bicara hati mampu aku tuturkan .
Monday, March 5, 2012
Saat itu
AsSalam .
Malam yang semakin menyepi , hati yang sedikit terusik,
kerja yang menimbun sengaja dibiarkan sepi sendiri .
Hati degil penat nak jaga .
Maaf , memang itu khilaf aku .
Biarkan masa yang merawat segalanya .
p/s : Jangan berhenti untuk tarik aku dari dunia khayalan itu . :(
Monday, February 27, 2012
Bukan dia .
As-Salam
Jari menyusun rentak seirama kata-kata .
Lihat dia , hanya mampu senyum dan tersipu malu .
*ayat tu memang mintak pelempang laju-laju .
Harapan itu pernah sekilas ,Ujian apakah yang digalas , senyuman hari ini terhenti seketika . Bukan dia tidak mahu , tapi masih kurang mampu , Hati dia masih tidak cukup utuh , iman tak cukup kuat gamaknya . Menyerah atau melepaskan ?
Itu hakikatnya bukan ?
p/s : I've never had you , but I' going to let you go .
Sunday, February 26, 2012
Stop it !
As-salam
Malam ini rasa nak mencarut , mula dengan itu , kena tambah ini ,
Cukuplah , kau dah tabur banyak , bagilah mereka yang memerlukan .
Aku bukan nak mereka, tapi kadang-kadang aku rasa
apa yang mereka perkatakan itu betul .
*yang ni untuk dia yang bernama kenangan .
p/s : Muak
Wednesday, February 22, 2012
Bermalas-malasan
As-Salam
Tiga hari memulakan sem , perit dan suka sama banyak . Hati dilanda taufan seketika , yang pasti butir-butir jernih jadi peneman . Sampai bila nak biar hati terus lemah ? Itu takdirnya , lebihkan usaha . Kurangkan itu ini yang tak penting . Semester 2 , itu masanya untuk kau kembali ke laluan asal . Berhenti untuk goyahkan hati . :(
New semester will be awesome ! :)
sila abaikan meja yang dilanda ribut .
ada orang cakap , print jadual yang dah siap taknak , tapi copy jadual buat sendiri nak .
kata nak jimat ink ?
*psst , nak jimat ink untuk nota kita berdua lah ? :)
zoom lagi . :)
TITAS will be great with warna ! HAHA
p/s : Biochem , please be nice to me this sem ? :)
Tuesday, February 21, 2012
Wednesday, February 15, 2012
Menjauh
As-salam.
Aku perlukan peneman malam yang dulu ,
Aku perlukan makanan hati yang sering dihulur dia ,
Alam , sampaikan salam rindu ini .
Hati terdetik mencari makna , mungkin sudah tersasar jauh bicara , terhentak hati siapa yang tahu. Andai itu yang engkau fikirkan , andai itu menyinggung pintu hati , maafkan aku .
p/s : Granny , can you help me ? :'(
Friday, February 10, 2012
Buat Kopi
As-salam
Hari ini meneruskan kehidupan seperti biasa
Menghitung hari untuk pulang ke lubuk tercinta
Masih berkira-kira perhitungan hidup
Jangan menyerah kalah sebelum berjuang ,
semua orang bercerita tentang result ,
Alhamdullilah , masih ada masa untuk perbaiki kesilapan diri .
Biarkan itu jadi rahsia diri .
p/s : tak sabar nak meneruskan perjuangan . :)
Saturday, January 28, 2012
Aku Mahu Terbang !
As Salam ,
Lihat tajuk ? Mesti dah tahu intipati , isi , hujah semua yang tersirat .
aku nak jugak boleh ? >.<
Ye , sedikit terkilan , cemburu , iri hati . Kalau aku buat betul-betul masa interview mesti aku dapat kan ? mesti dapat pakai winter coat , mesti dapat ambik gamba dekat obersea .
*panggg ! jangan berangan la epi , memang rezeki kau dekat Malaysia je .
Alhamdullilah , aku masih syukur aku punya rezeki di sini , tapi tak salah kan kalau nak berangan ? hihi
Kalau boleh , habis degree aku nak sambung dekat obersea agak-agak boleh dak ? Kalau student exchange program pun jadik lah . Lepas tu jumpa cinta hati dekat sana tapi nak orang Malaysia .
*lagi sekali mintak lempang laju-laju dekat muka . semua pengaruh novel semata -.-
p/s : Jaga diri elok-elok dekat sana , aku akan rindu kau sahabat . :)
Wednesday, January 25, 2012
Down
As Salam .
Ringkas untuk ketika ini
Semakin berat rasanya malam ini , bukan sebab dia , bukan sebab itu , bukan sebab ini . Tapi aku hanya mampu pasrah . Salah aku . Usaha tak seberapa , tapi mengharap yang tinggi . Mungkin ini pengajaran yang kekal .
Masih ada ruang untuk aku bangun lagi ? aku pasrah benar kali ini . Bukan rezeki aku untuk gembira seperti yang lain .
p/s: Padah sambil lewa dengan masa depan . :(
Semangat
As salam .
Tetiba excited lebih untuk update blog . Puas hati bila lihat baucer telah 3/4 habis . Untuk ibu, ayah, adik semua bahagi sama rata . Yang baki boleh buat beli novel lagi .
Hari selasa lepas , ajak ayah pergi Badan Cemerlang .
Tujuan --> nak habiskan baucer . Masuk kedai jadi rambang mata . Tapi mata tertaut pada karya Anis Ayuni . Mesti best kan ! :) Bermonolog sendirian membaca sinopsis . Taktengok kanan kiri dah .
Last sekali , cuma 3 buah je sempat capai . Tengok ibu dah beratur tunggu giliran . aduh .
Tanpa , lain kali ada lagi . Balik rumah segera tunaikan kewajipan dan tangan terus capai 3 buah tu . Sesungguhnya aku bukan peminat novel yang tegar . cuma mengisi masa lapang , tapi kadang-kadang bila hayati novel terasa terawang-awang . Nak masuk dunia ciptaan penulis , menangis , tertawa , geram , marah seakan watak-watak di dalamnya .
1) Anis Ayuni - Sungguh aku cinta
Masa masih belum buat aku melupakan bacaan pertama . Mungkin ambil masa untuk menyentuh yang ini . Hati masih tertaut pada penulisan Fauziah Ashari . :)
2) Fateen Najwa- Setia Hati Merindu
Oh ya , yang ini baru sentuh suku buku . Kronologi pengimbasan , penulisannya hebat , tapi tak sehebat penulis pujaan . Mungkin aku cuma menilai melalui luaran , ataupun pengaruh novel pertama yang aku baca . Masih berusaha untuk menyelami indahnya penulisan beliau . :)
Yang ini , full star ! *ada ke istilah full star ?
Serius , sumpah , baca novel karya Fauziah Ahshari boleh buat tersenyum sendiri , kadang-kadang menangis , geram , marah semua ada . Pengisiannya cukup berguna , remaja , cinta dan keluarga . Mengajar hidup tak seindah yang disangka , banyaknya dugaan ditempuh .
I cinta kamu - Alma
I cinta kamu - Raiyan
Sinopsis
Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.
Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!
Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!
Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma
You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.
“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...

Sungguh aku jatuh cinta dengan kaya beliau yang ini . :) Bersengkang mata untuk habiskan novel ni . Cetakan pertama 2012 . Woahh ! Sumpah teruja yang amat . Jangan lupa beli .
p/s : boleh aku kejar cinta kamu ? ^.^
Friday, January 6, 2012
Andai milik itu bukan takdirnya
Seandai itu yang tercatat , aku redha .
Sedarkan diri dengan realiti .
Kata dia,
"Itu baru sakit menjadi yang kedua menyintai, bukan kedua yang memiliki"
p/s : Ikhlas dari hati yang melihat .
Subscribe to:
Posts (Atom)