Thursday, November 8, 2012

Ego


Asalamualaikum, selamat pagi, selamat sejahtera




Itu hanya kemampuan aku untuk membiarkan tangan menari di atas papan kekunci sebagai madah permulaan selepas aku cuba mendiamkan diri untuk masa yang lama.
Tapi sekarang aku tidak mampu lagi mahu berdiam diri dan melihat titik hitam itu makin bertambah.

Yang lepas, tingginya amarah hanya kerana kau rasa terabai.
Aku juga pernah rasa begitu, aku tidak rela akan rasa hati.
Hati aku jadi rapuh, rapuh serapuhnya.
Tahu mengapa?
Biarlah aku diam seribu bahasa sekalipun. 

Aku mahu kau tahu, hati aku menangis saat aku merasakan aku bukan lagi kesayangan kau.
Aku mahu kau tahu, tempat kau masih tiada penggantinya.
Aku mahu kau tahu, aku mengharapkan kau masih yang sama seperti dulu
Aku mahu kau tahu, aku rindukan senyuman ikhlas saat aku melewati kau.
Aku mahu kau tahu, benar hati aku sangat sangat terasa perlakuan kau kelmarin.
Aku mahu kau tahu, biarpun apa yang terjadi aku masih di sini mempertahankan persahabatan ini.

AKU CUMA EGO DI HADAPAN KAU.


p/s : Sampai bila kita begini? 
 Aku menanti 29 Januari, welcome back! 


No comments: