Wednesday, June 20, 2012

Finally

Petang ini bukan kebiasaan yang selalu kesibukan dengan buku buat aku kadang kala lupa dunia luar, itu yang aku mahukan. Memang itu yang kau catit, memang itu yang kau lihat, memang itu yang kau rasa. Pernah sekali kau untuk berada di tempat aku, melihat apa yang aku lihat? Mendengar apa yang aku dengar?


Kau bicara aku cakap sesedap rasa, kau pernah fikir aku punya hati sesedap rasa yang bisa terima apa jua perbuatan? Kau sahabat, dia juga sahabat, Tapi sahabat bukan untuk dunia sahaja wahai yang di sana, Kau bicara soal itu, kau bicara soal ini. Pernah kau alami perasaan ini sebelum kau menjadi sebahagian dari kami? Aku bukan sebahagian dia lagi. Aku tidak memutuskan, hanya menjauhkan. Pernah kau menjadi telinga yang diasak?


Aku bukan yang terbaik untuk kau, kerna setiap kali itu terjadi, aku bukan seorang yang penyabar. 
Kerna, sesungguhnya Dia yang memahami segala. Aku masih punya rasa syukur untuk kurniaan itu tapi mensyukuri kurniaan kedua pelindung kecil mampu membuat aku terus bertahan dan berdiri melalui jalan itu. 








p/s : Berdoa agar hari esok tiada dalam catatan

No comments: