Sunday, May 15, 2011

kekeliruan berlumba-lumba

Alhamdullilah ,
masih diberi kesempatan untuk aku kembali berbicara , membebel di alam ini .
Lihat tajuk entri ,
Isinya pasti dapat diteka ,
Kekeliruan ? aku memang masih , tetap dan akan keliru sehingga aku pasti jalan yang dipilih .
Oh ya , sehingga kini aku masih belum memilih kos untuk ijazah aku ,

Epi , sedar cepat boleh ? Borang tu bukan untuk kau buat perkasam bawah bantal .
Aku masih mengharapkan ada petunjuk dariNya untuk aku membuat keputusan , yang bakal menentukan hidup aku akan datang ,
Jika aku masih diizikan untuk bernafas di muka bumi ini .
Terlalu banyak pilihan , tapi yang pasti masih belum mahu bertakhta di hati .
Terlalu buntu , runsing , keliru juga frasa-frasa yang berkaitan dengan kalian . :(
Sedaya upaya aku cuba menetapkan hati ,
Tapi , penetapan itu sesuatu yang memerlukan ketegasan ,
Aku masih samar-samar jalan yang harus aku pilih , sesiapa mahu membantu ?
Lihat buku pengajian prasiswazah .



Macam Yello Page bukan ? =.=
Buku kegemaran aku sejak dua menjak ,

Doktor Perubatan ?
Mampukah aku ? Berjayakan aku untuk menghadapi fobia darah ?
Mampukah aku melihat orang yang sedang kesakitan ?
Mampukah aku menguatkan mental dengan segala cabaran kelak ?
Mampukah aku bersaing dengan pelajar 4 rata sedangkan aku cuma di pinggiran mereka ?
Mampukah aku bertahan selama 5 tahun ?

Sains Bioteknologi ?
Mampukah aku dalam bidang yang membawa impression sedikit jatuh pada aku ?
Mikroskop ? Alat yang telah menyentap kegilaan aku dalam bidang biology .
Ya , aku kurang bermesra dengan apparatus ini , angin moody mula menjelmakan diri saat aku mula bermanja dengan mikroskop ,
Mulalah aku mencari mangsa-mangsa terutamanya jika eksperimen hari itu memerlukan diriku dan mikroskop .
Oh tidak , aku paling tidak suka itu . Itu dan Itu , tapi aku sukakan penyelidikan .
Liku-likunya minat aku .

Sains Pertanian ?
Ya , aku budak pertanian , aku bangga itu .
Walaupun baru mendapat gelaran budak pertanian sejak masuk sini ,
Ke ladang setiap petang Jumaat ,
Ke ladang jagung untuk merumput ,
Berlumba-lumba dengan masa untuk sampai ke ladang .
Aku rindu memori itu ,
Aku rindu semester 1 .

Teknologi Makanan ?
Masih dalam pertimbangan ,
Makanan ? Itu memang minat aku ,
Aku sukakan makanan ,
Makanan sukakan aku .
*Oh , itu merepek .

Tapi . . . .
Cuma satu , aku mahu pindah kolej ,
bukan sebab aku tak sayang ,
bukan sebab aku tak suka ,
bukan sebab aku tak cinta ,
Kolej ini untuk pelajar asasi ,
Andai 2 tahun akan datang kolej 13 dipenuhi semua pelajar asasi kesemuanya ,
lalu mana akak-akak , abang-abang senior adik-adik ini akan dicampak ?
Melihatkan akak dan abang senior yang tidak mendapat penempatan , kelak bagaimana nasib aku jika masih tinggal di kolej ini ?
Samakah seperti mereka ?
Tidak apa lah adik-adik , akak undur diri ya ?
*Baik tak akak senior adik-adik nie ? HAHA . Gelabah lebih .


Ehh , epi , kau jangan nak perasan sangat ?
Lihat-lihat , kos yang aku pilih semua yang takperlu pindah kolej melainkan Doktor Perubatan .
=.=
Buntunya aku , minat aku entah dimana , akal aku entah dimana , kemampuanku entah dimana .
"Ayah bangga anak ayah jadi doktor"
Terharu , ayah sudi menyokong segala keputusan .
Semuanya terletak pada diri sendiri ,
Susahnya berada dalam dilema .




Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu

Alhamdullilah ,
aku masih boleh menulis untuk entri yang berikutnya ,
entri kali ini hanya untuk ibu yang aku sayang ,
yang benar-benar aku kasihi setulus hati aku .
*maaf ye , dalam hati ada taman , ayat memang persis bunga-bunga di taman.


Hampir semua laman sesawang yang aku terjah ,
semuanya mahu mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat insan yang bergelar ibu , mama , umi , mummy mereka yang tercinta ,
aku juga mahu melakukan perkara yang sama ,
Tetapi sama sekali tidak ada terselit perasaan jaki , faham-faham ?
Lihat ? simpang-simpangnya bila aku berbicara .


Tapi ,
bukan bermakna hari ini sahaja aku menghargai ibu aku ,
Setiap hari aku doakan kesihatan beliau , kesejahteraan beliau dunia akhirat ,
Moga Allah memperkenan doa hambaNya ini . ;'(
Kelak , aku juga mahu pewaris-pewarisku melakukan perkara yang sama . Aminn .


Ya , aku akui hubungan dengan ibu tidak serapat dengan ayah ,
Tapi , sejak aku mula berjauhan daripada keluarga ,
Ibulah tempat aku berkongsi gembira ,
Ibulah tempat aku mengadu ,
*walaupun kadang-kadang nasihat beliau kelihatan menjatuhkan , tetapi itu yang membuat anakmu ini bangkit semula , terima kasih ibu . ibu tahu yang terbaik untuk kakak .
Ibulah teman setia aku ,
Ibulah pendengar setia tangisanku ,
Ibulah pendorong semangat tatkala kejatuhan mula menghampiri aku ,
Ibulah segala-galanya ,


Pernah ada ketika itu ,
Bagaikan dihempap batu besar yang terlalu berat ,
Satu-persatu permasalahan dunia muncul ,
Dunia yang aku bina mula kacau ,
Aku tahu , aku perlukan ibu , penenang dikala gelisah ,
Ya , aku mengalirkan titisan-titisan jernih mendengar suaranya ,
Ibu , kakak tak mampu , kakak tak kuat nak hadapi semua ini . Tapi , ibu bagi kakak semangat , walaupun bukan dengan nasihat yang lembut ,
Sebab ibu tahu , itu cara yang terbaik untuk kakak bangkit semula ,


Ibu yang utama ,
sel-sel yang mengintepret data ,
Hanya ibu . :)
terlalu banyak pengorbanan ibu ,

  • Ibu sanggup menahan sakit belakang demi membawa aku selama 9 bulan sepuluh hari dalam kandungannya , tabahnya ibu
  • Ibu terpaksa menahan sakit melahirkan aku pula , bukan secara normal tapi ibu dibedah pula , sakitnya hanya Allah yang tahu , ibu tak dapat duduk dengan selesa selepas melahirkan aku , nyilunya bekas bersalin hanya ibu yang rasai sehingga bertahun lamanya , sungguh hebat wanita yang bergelar ibu ini . :')
  • Ibu yang menjaga dan merawat aku dari aku kecil sehingga kini , ibu yang uruskan makan kami sekeluarga ,
  • Ibu pasti tahu setiap makanan dan minuman kegemaran aku , setiap masakan ibu kegemaran aku ,
  • Ibu sentiasa ada di saat aku perlukan seorang teman , ibulah segala-galanya . Sahabat , teman , semuanya ibu .
  • Besarnya pengorbanan ibu membantu ketua keluarga yang bergelar ayah . Ya , aku sayang kedua-duanya , mereka tiada pengganti , selama-lamanya .
  • Ibu marah , tanda ibu sayang kita

Ibulah penawar suka duka , Ibulah yang terbaik , Ibulah yang utama , Ibulah RATU HATIKU .
SELAMAT HARI IBU , ^.^
PN MASLINA REJOH . :D



p/s : terlewat entri ini , aku sudah terbiasa duduk di US , makanya aku terlambat satu hari .
+_______+



Thursday, May 5, 2011

hafizzainal's contest - senyuman mahal

Here i am !
Selamat malam reader's . :)
Bibir mengukir senyum tatkala membaca komen Ayu , terima kasih sayang for the komen n the tag . :)
Aura malu mula memunculkan diri bila edit picture dibuat tidak menjadi . =.=
Lepas ni cuba sekali lagi !

Pertama kali join contest ,
Macam bayi baru bertatih ,
Terima kasih sekali lagi untuk tag ,



Lihat-lihat , senyum-senyum
Klik laju-laju untuk ke page beliau .



Tapi . . . . . . . .
Kenapa aku seyum macam ni ,
*Gemok kan ? Masa mula-mula masuk UPM memang macam
nie , sekarang aku seperti kekurangan makanan . :(




Lokasi : kedai pakcek popeye
Tukang snap : sahabat dunia akhirat , Amalina
Sebab senyum : senyuman ni aku rasa paling mahal
sebab . . . sebab . . . aku jumpa nikmat yang tak terhingga di dunia
>>> makanan . ;)
Alhamdulilah , masih diberi kesempatan untuk merasa semua ini .





Mahal kan cara aku senyum ?
*okay , itu perasan lebih .

Lokasi : tempat mencari rezeki sementara
Tukang snap : diri sendiri
Sebab senyum : senyuman ni aku rasa paling mahal
sebab saat dan ketika ini air mata terasa mahu mengalir . ;')

see-see , tak tahu nak pilih picture yang mane , so masukkan je dua-dua ,
boleh tak ? boleh tak ? ;)


Rakan-rakan blogger terpilih


Jom join contest ni ramai-ramai . ^.^


p/s : menghitung hari pulang ke lubuk idaman . =.=
maaf , post nie terpaksa diedit semula setelah mendapat kritikan daripada TEletubbies .
+_______+



Bila jari mula membebel

Alhamdullilah , masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini ,
menghayati indahnya ciptaanNya ,
aku bersyukur di atas semua itu .

Tangan liat menekan papan kekunci ,
idea masih lagi malu-malu untuk menjelmakan diri ,
Fikiran masih lagi kusut memikirkan keputusan peperiksaan yang masih mahu main sembunyi-sembunyi ,
Lalu , jari segera memulakan bicara ,

Dah hampir lima hari laman sesawang ini menjadi kegemaran si comel ini ,
tapi dia masih diam seribu bahasa ,
Bila dimasuki , hati berdebar-debar ,
tapi column result yang bersih tanpa sebarang markah menghiasi ,
Acapkali hati terdetik , bila kalian mahu memunculkan diri ,
Penunjuk aras tidak hadir , lalu bagaimana hati mahu membuat keputusan ,
Akal usah ditanya , pasti jawapan yang hadir membawa kekeliruan ,
Ya , ak perlu tanya hati ,
Masa tidak mengizinkan , Ya Allah , berilah petunjuk kepada hambaMu ini .

Berbalik kepada laman sesawang ini ,
hampir seminggu aku tidak selera ,
hampir seminggu lena indahku terganggu ,
hampir seminggu juga aku tidak memikirkan apa-apa
*itu tipu semata . ^.^
Tapi yang PASTI , setiap hari kunjunganku ke laman sesawang ini tidak mengenal erti jemu ,
Walaupun tiada jawapan yang diberikan , aku masih berharap ada sinar untukku kelak ,


klik untuk imej yang lebih besar tanpa perlu memakai kanta pembesar . :)




igauan siang dan malam ku
lihat , hanya result sem 1 je ada ,
aku mahukan result sem 2 ,
:(

*maaf , result telah diblurkan atas sebab2 tertentu , ^.^

Aku hanya mampu menghitung hari untuk menjejakkan kaki ke kolej tercinta ,
lalu memulakan rutin harian yang biasa aku lakukan ,

Ya ! aku rindu semua itu ,
Tersedar lambat dari lena indah ,
Mengejar bas untuk ke food court dan kelas
*ehh , nampak aku suka makan . foodcourt hadir dulu sebelum kelas , ^.^
Berdiri dalam bas waktu pagi ,
Menjelmakan diri di hadapan cermin Normah waktu pagi , mengganggu ketenteraman atok dengan alarm ,
Ak rindu dikejutkan Aimi , mengganggu laluan Cheng ke partition dy ,
Menggeletek telinga Amal , jalan lambat-lambat untuk ke kelas , ^.^
Berebut bilik air no 4 , kenapa 4 ?
*itu memang bilik air fevret ak . ^.^

Sabar epi , minggu depan kau rasa la semua tu . cuba sabar !
Ye2 , aku tahu tapi . . . . tiada jaminan untuk itu ,
14 hb , tarikh yang bakal menentukan kami masih sebilik atau tidak ,
Cuma itu yang aku pinta , aku masih akan bersama kalian , masih ditempatkan sebilik , untuk satu semester sahaja lagi ,
sebelum masing-masing mengejar haluan sendiri . :')

Cukup setakat ini sahaja bebelan kali ini ,
sehingga ketemu lagi
^.^




p/s : semalam kau bercerita dengan aku , tergamam seketika kau sudi mengambil berat akan diri ini , terima kasih sahabat !