Thursday, January 10, 2013

Untuk Kalian

Asalamualaikum. 
Hari ini sengaja membuka laptop membuang masa.
Mungkin rindu yang membawa aku ke sini.

Kali ini tiada sambutan di kala final exam yang datang menjengah.
Tapi aku turut menumpang mereka yang menjemput.
Terima kasih meraikan dia.
Kami? Entah bila dapat meraikan dia.

Untuk yang jauh di Bogor sana,
Maaf hanya ucapan yang dapat aku berikan.
Ucapan yang sangat ringkas aku rasa.

Cuma yang aku mahu katakan pada semua.
Aku sayang mereka. Sangat sayang.
Jangan pernah ambil mereka walau sekejap.

Tapi masa, keadaan semakin menjarakkan kita.
Cepat pulangnya ke Malaysia.
Doa itu sentiasa ada untuk mereka berlima.
:')




Wednesday, December 26, 2012

Lelah yang berulang

Asalamualaikum dan selamat pagi aku kira.
Bila tangan mula menaip dan membiarkan mulut sepi seketika
Itu beerti aku tak mampu meluahkan sama sekali.
Berhadapan dengan kau sama sekali tidak.

Itu apa yang aku rasa untuk kesekian kalinya lagi.
Lagi lagi dan lagi
Aku  penat untuk merasa kehilangan itu buat sekali lagi
Tapi itu takdir yang harus aku terima.
Cukup terasa. Itu yang aku boleh perkatakan
Cukup terasa dengan kau buat masa ini.

Aku takut hubungan yang kau bina menjarakkan kita
Tapi aku tak perlu takut lagi
Kerana apa? 
Itu sudah pun berlaku

Dan semua terlihat dengan nyata bila,
Kenapa dia yang kau tanyakan.
Padahal kami menceritakan perihal yang sama.
Terasa dengan perbuatan aku?
Silakan, memang aku mohon kau terasa.

 Aku terasa dengan kau, 
Ya, kau yang aku panggil abang
Yang aku sayang sama seperti keluarga aku
Yang aku takut untuk hilang lagi.

Tapi, kenyataan tidak menidakkan sangkaan aku.
Pergilah hati kau ke sana.
Aku doakan kebahagiaan kau dari jauh. 






p/s: Tunjukkan aku apa yang kau rasa.