Sunday, September 9, 2012

Indonesia

Asalamualaikum, Selamat pagi semua !
:)
fuuhh fuhhh tiup habuk yang menebal ini.


Saya rindukan orang yang sedang berjuang di Bogor
T_T
okai bai.

Doa saya moga dipermudahkan segala urusan, saya tetap sayang awak selamanya.
Tiada lagi tempat saya mencurahkan masalah dunia, masalah hati. 
Tiada lagi tempat saya bermanja
Tiada lagi teman untuk dipeluk.

Tapi Allah Maha Adil, Dia tetapkan saya bersama yang seorang lagi. 
Walaupun yang itu di Bogor, masih ada si kilat yang menemani saya di sini kerana si tiada kertas semakin jauh. 

Maaf, hari ini hati saya cukup rapuh untuk berbicara soal sayang dan rindu.
Dan saya sayangkan yang jauh, yang dekat, semuanya infinity. :')

ohh ya, hari pertama kuliah pada sem ini sangat menyeronokkan. 
Terima kasih Dr Baity. :D


p/s :  Sombong ye awak nih, mentang mentang dah lain kolej. Okay Bai

Wednesday, June 20, 2012

Rindu itu

Hati yang tidak tenang membiarkan mata turut memain peranan,
Aku sudah mula merindukan mereka, satu persatu pergi meninggalkan bumi Serdang.
Dan aku masih di sini, mengharap mereka untuk ada.
Tidak semua yang kita suka terbaik untuk kita. 


Dan sungguh, aku rindukan mereka.
Tiga bulan yang mendatang sudah mengundang rindu 
Tasik Idaman jadi pertemuan terakhir untuk sem ini.
Berharap aku masih punya peluang itu untuk enam sem yang akan datang.


Berharap ikatan dan ukhuwah yang terjalin ini diredhai-Nya 
Kerna sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui segalanya.






#atirakhai yang dicintai disayangi tiada dalam gambar. :(


p/s : Sungguh aku mengerti kasih sayang seorang sahabat