Tuesday, December 24, 2013

Power of Smile

Ini cerita semalam. 
Jadi salah seorang yang handle untuk 25 orang bukan satu benda yang mudah rasanya.
Untung ada kakak kakak yang memahami. Hulur tangan sampan bot, boleh bernafas lagi rasanya.
Janji jam 9 tapi 9.30 masih bertapa dalam bilik lagi. Dapat call terus bersiap kelam kabut dengan orang depan nak turun meeting. Tengah jalan terjumpa dia. Kacak oi kacak. 
Epi behave epi. 

Dalam meeting gelabah semacam, semua benda tersalah cakap tersasul.
Segan sangat dah kenapa. *lempang diri sendiri*
Satu benda je aku nk tekankan semalam. THE POWER OF SMILE. 
Kemain tidur lena sepanjang malam. 


Intepretasikan gambar ini, kau jumpa permulaan punca KITA. 


p/s: Sampai sekarang tak henti senyum nak kena lempang?



Monday, December 23, 2013

Study Week

Selasa, 24 November 2013. Hari Kedua untuk studyweek tapi apa yang aku sentuh pun aku taktahu. 
Semua kesan berjimba dua hari permulaan study week. 

Sabtu, 21 Disember
Mulakan hari dengan melangkah ke Sepang keseorangan hasrat nak membaik pulih baby. Pulang sendiri ke kolej tengah hari, menyepikan diri di partition dan terlajak tidur sampai ke petang tanpa sentuh makanan sedikit pun. Petangnya ke bengkel untuk membaik pulih baby semula. Heret kakak abang untuk teman. 
Selesai untuk hari ini, lega baby kembali sihat seperti sedia kala.

Ahad, 22 Disember. 
Niat untuk mengemas nota tergendala saat teringat negeri di bawah bayu. Selesaikan tentatif perjalanan dekat sana, tengah hari ada yang mengajak keluar makan. Siap siap semua dan bila nak start kereta, mulalah buat perangai lagi. Manjanya tak bagi kita start dia. Terbiar je kita gerak naik yang lain. Makan makan makan dan makan. 
Balik makan jumpa le mantans dekat parking, terjerit jerit. Dalam hati, gila! Macam mana aku ada famili macam ni, happening gila semuanya mereka. :')
Makan lagi makan dan makan. Tapi cuma melihat dan aku rindu suasana ini. 



Dalam panjang aku bercerita, cuma satu yang ingin ditekankan. Ketidakstabilan emosi minggu ini puncanya apa. Penat mencari, penat jiwa berkecamuk, lelah mata menangis. Pernah rasa satu saat seperti kau kehilangan? Ini belum kehilangan nyata, jika realitinya terjadi, apa responnya? Sebabnya aku masih belum kuat untuk menerima satu kehilangan lagi. Human fear changes, same goes to me.

p/s: Cukup merapu, mohon buka buku segera.