Wednesday, June 20, 2012

Rindu itu

Hati yang tidak tenang membiarkan mata turut memain peranan,
Aku sudah mula merindukan mereka, satu persatu pergi meninggalkan bumi Serdang.
Dan aku masih di sini, mengharap mereka untuk ada.
Tidak semua yang kita suka terbaik untuk kita. 


Dan sungguh, aku rindukan mereka.
Tiga bulan yang mendatang sudah mengundang rindu 
Tasik Idaman jadi pertemuan terakhir untuk sem ini.
Berharap aku masih punya peluang itu untuk enam sem yang akan datang.


Berharap ikatan dan ukhuwah yang terjalin ini diredhai-Nya 
Kerna sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui segalanya.






#atirakhai yang dicintai disayangi tiada dalam gambar. :(


p/s : Sungguh aku mengerti kasih sayang seorang sahabat 

Finally

Petang ini bukan kebiasaan yang selalu kesibukan dengan buku buat aku kadang kala lupa dunia luar, itu yang aku mahukan. Memang itu yang kau catit, memang itu yang kau lihat, memang itu yang kau rasa. Pernah sekali kau untuk berada di tempat aku, melihat apa yang aku lihat? Mendengar apa yang aku dengar?


Kau bicara aku cakap sesedap rasa, kau pernah fikir aku punya hati sesedap rasa yang bisa terima apa jua perbuatan? Kau sahabat, dia juga sahabat, Tapi sahabat bukan untuk dunia sahaja wahai yang di sana, Kau bicara soal itu, kau bicara soal ini. Pernah kau alami perasaan ini sebelum kau menjadi sebahagian dari kami? Aku bukan sebahagian dia lagi. Aku tidak memutuskan, hanya menjauhkan. Pernah kau menjadi telinga yang diasak?


Aku bukan yang terbaik untuk kau, kerna setiap kali itu terjadi, aku bukan seorang yang penyabar. 
Kerna, sesungguhnya Dia yang memahami segala. Aku masih punya rasa syukur untuk kurniaan itu tapi mensyukuri kurniaan kedua pelindung kecil mampu membuat aku terus bertahan dan berdiri melalui jalan itu. 








p/s : Berdoa agar hari esok tiada dalam catatan

Wednesday, June 6, 2012

Hide it please

Senja study week mula memunculkan diri, masih ada nota yang berbaki. 
Jangankan khatam, masih ada yang belum bersentuh.
Gigihnya menaip tatkala semua dibuai mimpi indah. 

Sahabat yang ini berperang dengan minat dan masa, 
Dunia itu dunia ciptaan dia. Bahagia yang tercipta, itu impian dia.
Takkan diuji kalau kita tak mampu hadapinya bukan?
Meniti baris ayat yang dipertutur bagai jawapan tiada soalan.
InsyaAllah kejayaan mengiringi kepulangan awak nanti. 

Sahabat yang itu berperang dengan perasaan sendiri.
Kalau sayang bertahun siapa yang mudah lupa,
Cukup dengan madah senyuman itu,
Buat aku masih faham isi yang tersirat itu
Bukan dipinta ceritanya begitu bukan,  
Ikhlaskan hati lapangkan dada minta pada Dia, 
Mudah-mudahan yang terbaik itu masih ada.

Awak yang dekat situ, 
Ye, awak yang dekat situ. 
Senyum, jadi sesegan sendiri. 
Tak mengapalah . *sambil geleng kepala.



#eh ? 



p/s :   Bukan taknak layan tadi tapi kan awak dah ada sahabat baru, 
bukan cemburu cuma sedikit terasa saja.