Saturday, January 28, 2012

Aku Mahu Terbang !

As Salam ,
Lihat tajuk ? Mesti dah tahu intipati , isi , hujah semua yang tersirat .


aku nak jugak boleh ? >.<


Ye , sedikit terkilan , cemburu , iri hati . Kalau aku buat betul-betul masa interview mesti aku dapat kan ? mesti dapat pakai winter coat , mesti dapat ambik gamba dekat obersea .
*panggg ! jangan berangan la epi , memang rezeki kau dekat Malaysia je .
Alhamdullilah , aku masih syukur aku punya rezeki di sini , tapi tak salah kan kalau nak berangan ? hihi

Kalau boleh , habis degree aku nak sambung dekat obersea agak-agak boleh dak ? Kalau student exchange program pun jadik lah . Lepas tu jumpa cinta hati dekat sana tapi nak orang Malaysia .
*lagi sekali mintak lempang laju-laju dekat muka . semua pengaruh novel semata -.-



p/s : Jaga diri elok-elok dekat sana , aku akan rindu kau sahabat . :)



Wednesday, January 25, 2012

Down

As Salam .
Ringkas untuk ketika ini
Semakin berat rasanya malam ini , bukan sebab dia , bukan sebab itu , bukan sebab ini . Tapi aku hanya mampu pasrah . Salah aku . Usaha tak seberapa , tapi mengharap yang tinggi . Mungkin ini pengajaran yang kekal .



Masih ada ruang untuk aku bangun lagi ? aku pasrah benar kali ini . Bukan rezeki aku untuk gembira seperti yang lain .


p/s: Padah sambil lewa dengan masa depan . :(


Semangat

As salam .
Tetiba excited lebih untuk update blog . Puas hati bila lihat baucer telah 3/4 habis . Untuk ibu, ayah, adik semua bahagi sama rata . Yang baki boleh buat beli novel lagi .

Hari selasa lepas , ajak ayah pergi Badan Cemerlang .
Tujuan --> nak habiskan baucer . Masuk kedai jadi rambang mata . Tapi mata tertaut pada karya Anis Ayuni . Mesti best kan ! :) Bermonolog sendirian membaca sinopsis . Taktengok kanan kiri dah .

Last sekali , cuma 3 buah je sempat capai . Tengok ibu dah beratur tunggu giliran . aduh .
Tanpa , lain kali ada lagi . Balik rumah segera tunaikan kewajipan dan tangan terus capai 3 buah tu . Sesungguhnya aku bukan peminat novel yang tegar . cuma mengisi masa lapang , tapi kadang-kadang bila hayati novel terasa terawang-awang . Nak masuk dunia ciptaan penulis , menangis , tertawa , geram , marah seakan watak-watak di dalamnya .



1) Anis Ayuni - Sungguh aku cinta
Masa masih belum buat aku melupakan bacaan pertama . Mungkin ambil masa untuk menyentuh yang ini . Hati masih tertaut pada penulisan Fauziah Ashari . :)




2) Fateen Najwa- Setia Hati Merindu
Oh ya , yang ini baru sentuh suku buku . Kronologi pengimbasan , penulisannya hebat , tapi tak sehebat penulis pujaan . Mungkin aku cuma menilai melalui luaran , ataupun pengaruh novel pertama yang aku baca . Masih berusaha untuk menyelami indahnya penulisan beliau . :)




3) Fauziah Ashari - Kan kukejar cinta kamu
Yang ini , full star ! *ada ke istilah full star ?
Serius , sumpah , baca novel karya Fauziah Ahshari boleh buat tersenyum sendiri , kadang-kadang menangis , geram , marah semua ada . Pengisiannya cukup berguna , remaja , cinta dan keluarga . Mengajar hidup tak seindah yang disangka , banyaknya dugaan ditempuh .

I cinta kamu - Alma
I cinta kamu - Raiyan


Sinopsis

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.


Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!


Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...





Sungguh aku jatuh cinta dengan kaya beliau yang ini . :) Bersengkang mata untuk habiskan novel ni . Cetakan pertama 2012 . Woahh ! Sumpah teruja yang amat . Jangan lupa beli .




p/s : boleh aku kejar cinta kamu ? ^.^


Friday, January 6, 2012

Andai milik itu bukan takdirnya


Seandai itu yang tercatat , aku redha .
Sedarkan diri dengan realiti .

Kata dia,

"Itu baru sakit menjadi yang kedua menyintai, bukan kedua yang memiliki"





p/s : Ikhlas dari hati yang melihat .