Selasa, Rabu dan Khamis.
Persiapan satu pun tak buat lagi. Pack baju, kemas apa apa yang patut semua pun belum.
Hati berbelah bahagi.
Gembira TETAPI Risau.
Cukup dengan pengabaian semester 3.
Tapi kali ini aku bertanya sendiri apa masih sempat perbaiki semua?
Tinggal berapa hari yang padat dengan segala assignment.
Tinggal berapa hari bakal tinggalkan bumi Serdang untuk dua minggu.
Tinggal berapa hari bersua dengan mereka.
Selak selak balik entri lepas lepas
Terlihat gambar ini.
Tersenyum sendiri melihat impian dan angan-angan bakal dicapai.
Mungkin bukan untuk selamanya, tapi cukup menjadi sebahagian jalan hidup.
Kemanisan dan kepahitan hidup sepanjang dua semester ini
Cukup dan terlalu banyak untuk aku.
p/s: Semoga dipermudahkan segalanya.