Asalamualaikum dan selamat pagi aku kira.
Bila tangan mula menaip dan membiarkan mulut sepi seketika
Itu beerti aku tak mampu meluahkan sama sekali.
Berhadapan dengan kau sama sekali tidak.
Itu apa yang aku rasa untuk kesekian kalinya lagi.
Lagi lagi dan lagi
Aku penat untuk merasa kehilangan itu buat sekali lagi
Tapi itu takdir yang harus aku terima.
Cukup terasa. Itu yang aku boleh perkatakan
Cukup terasa dengan kau buat masa ini.
Aku takut hubungan yang kau bina menjarakkan kita
Tapi aku tak perlu takut lagi
Kerana apa?
Itu sudah pun berlaku
Dan semua terlihat dengan nyata bila,
Kenapa dia yang kau tanyakan.
Padahal kami menceritakan perihal yang sama.
Terasa dengan perbuatan aku?
Silakan, memang aku mohon kau terasa.
Aku terasa dengan kau,
Ya, kau yang aku panggil abang
Yang aku sayang sama seperti keluarga aku
Yang aku takut untuk hilang lagi.
Tapi, kenyataan tidak menidakkan sangkaan aku.
Pergilah hati kau ke sana.
Aku doakan kebahagiaan kau dari jauh.